Friday, 6 April 2012

KISAH KITA (3)


            “Kak Su, datang lah rumah kite orang malam ni. Boring lah.” Lia memujuk Huda untuk menemani dia dan adik-beradiknya di rumah pada malam nanti. “Yelah. Tapi Kak Su tak janji tau pukul berapa Kak Su sampai.” Jawab Huda sambil mencatat sesuatu di atas sekeping kertas kecil. “Ok.. Lia tak kisah. Yang penting Kak Su datang. Ok lah Kak Su, bye…!” Balas Lia. Gembira betul dia apabila Huda bersetuju dengan pelawaannya.
            Setelah Huda mematikan taliannya, dia berfikir sejenak. ‘Hmm… Light bulb!’ Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Dia segera mencapai semula telefon bimbitnya. Nombor didail dan dia menanti jawapan seketika. “Papa, tengah busy ke?” Tanya Huda. “Tak lah.. Kenapa Huda?” Jawab Encik Kamarudin. “Emm, Huda ingat Huda nak pergi rumah Pak Usu lah malam ni. Nak temankan budak-budak tu. Tadi dorang call Huda.” Terang Huda. “Oh… Hmm, pergilah. Huda tidur je lah kat sana. Kalau nak balik nanti dah lewat sangat.” Encik Kamarudin memberi keizinan kepada Huda. “Thanks pa. Nanti papa beritahu mama sekali tau.” Pesan Huda kepada papanya.
            Setelah Huda mendapat keizinan daripada papanya, dia segera meneruskan rancangannya. Satu lagi nombor yang lain didail. “Assalamualaikum. Faris, malam ni adik-adik tak ada buat apa-apa kan?” Tanya Huda kepada adik sepupunya Faris. Faris yang berumur 19 tahun itu merupakan anak sulung Pak Usu. Dialah orang yang bakal mengambil alih syarikat bapanya setelah dia habis belajar. “Wa’alaimkumsalam. Ha’ah. Malam ni kiteorang tak ada buat apa-apa. Kenapa Kak Su?” Jawab Faris. “Great! Faris, bagi phone dekat bibik kejap.” Pinta Huda. “Haa… Yelah… Tunggu kejap.” Kata Faris dan segera memanggil bibik. ‘Heisy Kak Su ni… Ini mesti ada benda yang dia nak buat ni.’ Teka Faris.
              “Kenapa Huda?” Tanya bibik. “Bik, lauk untuk malam ni ada banyak lagi ke?” Tanya Huda semula. “Lauk malam ni ada, tapi tak banyak sangat lah. Bibik kena tambah sikit untuk malam nanti.” Jawab bibik. “Kalau macam tu bibik tak payah lah tambah lauk untuk malam ni. Bibik habiskan je semua tu. Petang nanti, lepas budak-budak tu dah mandi, bibik suruh dorang siap tau. Lepas maghrib nanti Huda datang ambil dorang. Malam ni Huda tidur sana. Lagi satu, bibik jangan bagitau dorang tau pasal ni. Ni surprise.” Pesan Huda kepada bibik. “Iya lah. Nanti bibik pesan kat mereka suruh siap lepas maghrib ye.” Kata bibik

                *********************************************************

                  “Lia, cepat lah sikit. Afiq dengan Zira dah siap ke belum?” Tanya Faris dengan nada yang sedikit kuat kerana dia sudahpun menanti di bangku yang terletak di luar rumah. “Ye.. Kejap lah…” Balas Lia. Seketika kemudian, kereta Huda berhenti di hadapan rumahnya. Dia menanti di dalam kereta itu sambil memerhatikan sepupunya. “Adik, jom. Kak Su dah sampai.” Faris memanggil adik-adiknya.
                  “Hai Kak Su.” Faris yang baru duduk di sebelah tempat duduk pemandu menegur Huda. “Hai Kak Su…!” Giliran Afiq dan Zira pula menyapa Huda. Mereka memang sudah biasa dengan Huda. Sejak Huda kerja dengan papa mereka, Huda selalu singgah di rumah mereka. Selalunya, papa atau mama mereka mengajak Huda makan tengah hari atau pun singgah sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dan sejak itu, hubungan antara Huda dan sepupunya menjadi semakin rapat. Mereka sudah menganggap Huda seperti kakak mereka sendiri.
                “Kak Su, kita nak pergi mana ni?” Tanya Lia. “Ada lah…” Balas Huda. Sengaja dia ingin  sepupunya itu berteka-teki. “Eleh.. Nak berahsia konon. Nak bawak pergi makan lah tu.” Sampuk Faris. “Tau tak pe.” Ringkas jawapan Huda.                                                                                                                  

               ****************************************************************

                 “Mak ai…! Lajunya kereta ni..” Adam terkejut seketika apabila sebuah kereta yang baru sahaja melepasi keretanya dipandu agak laju. Hafiz turut memandang ke arah yang sama. “Mentang-mentang kereta dah tak banyak lalu kat jalan ni..” Tambahnya lagi sambil menggelengkan kepalanya.
                  “Huh? Laju ke? Biasa je aku tengok. Dua kali lima je macam ko bawa kereta.” Hafiz menafikan kata Adam. “Amboi, ni perli ke apa ni?” Balas Adam. Dia tahu Hafiz cuma bergurau. Sengaja dia ingin menambah. “Helleh... Laju amendenya? Kau tu yang tengah berangan. Otak dah terbang sampai Negara mana pun aku tak tau. Sebab tu lah kau terkejut bila ada kereta tiba-tiba potong lalu sebelah kau.” Bebel Hafiz. Sebenarnya Hafiz perasan yang Adam sedang memikirkan sesuatu. Dia kenal sangat dengan Adam. Terlalu kenal. Kalau Adam tengah diam melayan perasaan macam tu maknanya ada lah benda yang tengah difikirkannya.
                  “Alah… Relax lah bro.. Normal lah benda-benda macam ni. Tapi, smart jugak kan orang tu bawak kereta dia.” Kata Hafiz sambil tangannya digerakkan seperti meniru aksi kelajuan kereta itu tadi.  “Tapi kan, nak juga aku tau yang bawa tu lelaki ke perempuan. Tapi kalau up sikit, nak juga aku tengok muka orang tu. Mana lah tau kot-kot artis ke. Boleh gak aku kepoh 10 saat kejap. Hehe.” Sambungnya.
                    “Ada-ada je lah kau ni.” Kata Adam sambil tersenyum mendengar kata-kata Hafiz. ‘Heisy budak ni, macam mana lah dia dapat fius ‘gila-gila’ dia ni. Aku pun tak ada fius macam tu. Lantak kau lah Hafiz. At least kau ni supplement tambahan aku. Kalau kau tak ada, siapa lah nak jadi supplement vitamin penambah rasa ceria aku ni.’ Tambah Adam dalam hatinya.

                      *********************************************************

               20 minit kemudian, kereta Huda membelok ke kiri dan memasuki lorong deretan kedai. Tidak sampai satu minit, dia menjumpai satu tempat letak kereta yang masih kosong. “Dah sampai dah.. Jom turun.” Arah Huda sambil dia mematikan radio keretanya. “Kak Su oi, mana ada restoran makan kat sini. Secret Recipe ada lah.” Kata Faris kehairanan. “Memanglah.. Then? What’s the problem?” Tanya Huda kepada Adam. “You mean…?” Adam tidak meneruskan katanya.
                “Ya Allah… Apa lah blur sangat abang aku yang sorang ni.. Along, maksudnya, Kak Su nak bawa kita makan kat Secret Recipe lah… Kata dah besar, benda ni pun along fail.” Sampuk Lia. “Awesome! Kita nak makan dekat Secret Recipe. Alang dah lama giler tak makan kat sini. Rasanya, last mama bawa kita makan kat sini pun, 2 tahun lepas kot.” Kata Afiq. “Eh kejap. Ni asyik dok sampuk-menyampuk dari tadi, bilanya kita nak keluar ni? Adik dah lapar dah ni.” Rungut Zira.
                 “Hah.. Tau tak pe. Itulah yang Kak Su dok tunggu dari tadi. Dah lah. Jom turun. Jadi perang tak seberapa nak perang jugak korang ni nanti. Esok korang tu nak sekolah. Nanti lambat pula kita balik.” Tegur Huda. “Yelah.. Yelah..” Jawab mereka. “Aik.. Serentak pula korang menjawab ye. Dah plan awal-awal ke apa?” Tanya Huda. “Agak lah.” Jawab Faris.

                    ************************************************************** 

                 “Huh… Nikmatnya makan kat situ tadi…” Kata Afiq yang sudah kekenyangan. “Amboi alang. Bukan main syok ko makan tadi eh. Along yang tengah lapar tadi pun tak macam kau  tau.” Sakat Faris. “Diam lah.” Pendek jawapan Afiq. Bukannya dia tidak tahu yang Faris sengaja mengenakannya. Tapi, dia tidak boleh menafikan yang dia sangat menikmati makanan itu tadi. Maklumlah, dah lama tidak makan di salah satu restoran kegemarannya. Bila dah dapat, apa lagi. Melantaklah dia.
                  “Anyway, thanks Kak Su sebab bawa kiteorang makan malam ni. Dah lah kat situ mahal sikit. Buat habis duit Kak Su je.” Sambung Afiq. Dia memang sedikit terkejut apabila mendapat tahu yang mereka akan makan malam di situ. Pada mulanya, dia menjangkakan yang mereka akan makan malam di restoran biasa yang berdekatan dengan rumah mereka. “Alah.. Tak ada apa-apa lah Fiq. Sekali sekala Kak Su bawa korang makan. Kak Su pun sebenarnya dah lama nak makan kat situ. Tapi tak dapat. Busy. Sebab tu lah bila dah ada peluang ni, Kak Su bawa korang sekali.” Terang Huda. Memang itu niatnya. Lebih-lebih lagi, sekarang ini ibu bapa mereka tiada bersama mereka.
                  “Kak Su, hujung minggu ni Kak Su tidur rumah kiteorang boleh tak?” Pinta Zira. “Hah… Yes, yes.. Nasib baik adik ingatkan along. Kak Su, jom lah tidur sana.” Sampuk Faris yang baru mengingati hajatnya. Dia ada terfikir untuk mempelawa Huda tidur di rumah mereka pada hujung minggu nanti selepas Huda menelefonnya petang tadi. “Emmm…. Hujung minggu ni Kak Su tak sure lagi boleh ke tak. Tengok lah dulu macam mana.
                  20 minit kemudian, mereka sampai di rumah. Lia sedikit hairan apabila Huda memarking keretanya di garaj rumah. Kemudian, bibik pula menutup pintu gate. Dia melihat jam tanggannya seketika. ‘Aik, kan dah pukul 11.30. Kenapa Kak Su tak terus balik? Biasanya kalau waktu macam ni dia terus balik.’ Tanya Lia dalam hatinya.
                   Seketika kemudian, Lia ternampak bibik meluru ke arah Huda dan mengambil satu beg bersaiz sederhana. Sekarang dia faham. “Kak Su tidur sini ey?” Tanya Lia yang sedang excited. Huda tidak membalasnya. Dia hanya mengangkat-angkat keningnya tanda dia membenarkan kata-kata Lia. “Yes!” Balas Lia yang kegembiraan. Gembira benar dia apabila Huda mahu tidur di rumah mereka. Bolehlah dia buat Kak Su jadi geng dia dan Zira.
                  “Wei, sudah-sudah lah tu. Esok korang tu sekolah. Ada koku. Pergi tidur.” Arah Faris yang baru keluar dari dapur. Dia yang sedang memegang segelas minuman itu menuju ke arah adik-adiknya. “Ek ele.. Cakap je orang. Along tu pun ada kelas pagi esok.” Perli Zira. “Nak tukar channel lain tu cakap je lah along. Tak payah lah nak control macho.” Sampuk Afiq. “Hei, apa pula kena mengenanya tukar channel dengan macho ni?” Tanya Faris semula. Faris sengaja mahu menyakat adik-adiknya. Tapi, memang betul pun apa Zira cakap tu. Dia ingin melihat siaran yang lain. “Dah tau jawapan, lagi nak tanya.” Jawab Afiq. Tergelak Faris mendengar jawapan adiknya itu.                  
                                                                                                                                          Bersambung……(3)     

                    *********************************************************