Friday, 23 March 2012

KISAH KITA (1)

                  Ika : Wei korang, lunch nanti kat mane? Tempat biasa ke?

                  Huda : Entah…Aku ikut majority..Kat mane-mane pon aku on je.. =)

                   Fatin : Emm…Apa kata hari ni kite cube makan kat Restoran Mak Siti yang dekat  sebelah kedai kek, area office aku…?
Myra : Good idea! Tpi, kat sane makanannye ok x?
Huda : Kalau x ok, Fatin lah yg kene bayar semua tu…Hahaha!
Ika : yessza… Aku setuju! =P
Fatin : Yelah2… X berhati perut betul korang ni… Ek ele… Ni Fatin okay.. Aku tau lah kat situ sedap ke x.. Dah namenye pon dekat dengan office aku.. Ape lah korang ni….
Ika : Well, yelah Cik Fatin oi… Ok lah.. C u ouls nanti.. Hehe..
Huda : Orait..! Dah3.. Gi sambung kerja..
Myra : Tau x pe… 30 minit lagi kot nak lunch.. Over je korang ni… huahuahua! Ok lah, cau!
 

               “Ada-ada je dorang ni..” Kata Huda sambil tersenyum memandang handphonenya. Dia baru sahaja selesai ber’BBM’ dengan kawan-kawannya. Melihat jam di tangannya yang menunjukkan dia masih mempunyai 25 minit untuk lunch break, dia lantas meneruskan kerjanya dengan tekun.

               “Huda, tak keluar makan ke?” Tanya Kak Sue. “Eh, er… Kejap lagi kot. Kak Sue pergi lah dulu.” Jawab Huda kepada salah seorang staff senior di pejabatnya. Kemudian dia melihat sekelilingnya. Hampir semua staff sudah bersiap untuk keluar rehat. Riak Huda seperti orang kebingungan. “Hmm… Yelah.. Akak keluar dulu ye.” Kata Kak Sue dan kemudiannya melangkah pergi. ‘Aik… Macam mana aku boleh tak perasan yang sekarang ni dah masuk lunch hour. Nasib baik lah Kak Sue duduk kat sebelah meja aku. Kalau tak tadi, dah sah-sah aku buat tak tau je bila tengok dorang bersiap nak keluar rehat.’ Huda bermonolog di dalam hatinya. Dia langsung tidak perasan yang sekarang ini sudah masuk waktu rehat bagi semua pekerja pejabat. Bukannya dia  buat tak tau sangat pun. Dia sendiri yang langsung tidak perasan. Tekun sangat dengan kerjanya sampai tidak pandang orang sekeliling. 

                  Dia segera mengemas barang-barang yang sedikit bersepah di atas mejanya. Kemudian dia bergegas keluar dari pejabatnya dan turun ke aras bawah dengan menaiki lif. Sampai di bawah, dia segera ke tempat letak kereta dan memulakan perjalanan ke tempat yang telah dijanjikan dengan kawan-kawannya.



                     Sambil memandu, dia sempat mendail nombor telefon Ika. “Hello. Ika, kau dah sampai ke?” Tanya Huda sebaik sahaja Ika menjawab panggilan telefonnya. “Belum lagi. Aku still on the way. Tapi dah nak sampai dah. Dalam 5 minit lagi aku sampailah. Kau dah sampai ke?” Giliran Ika pula menanyakan soalan kepada Huda. “Oh… Aku belum sampai lagi. Lagi 15 minit kot baru aku sampai. Tadi aku keluar lambat sikit. Hah, kalau korang semua dah sampai nanti, korang order lah dulu. Macam biasa, kau order kan aku punya sekali. Kau jangan cakap kat aku yang kau tak tau nak order makanan apa untuk aku. Okay?” Panjang lebar arahan Huda. “Ye lah boss. Saya tau apa tugas saya.” Gurau Ika. “Hmm… Bagus… Bagus.. Boleh naik gaji ni. Hahahahaha!” Sempat lagi Huda berbalas gurauan sebelum mematikan talian.

                      Di Restoran Mak Siti,  Fatin sudahpun sampai terlebih dahulu. Al-maklumlah, office dia dekat je dengan Restoran tu. Kalau naik kereta, tidak sampai lima minit dia sudah sampai di situ. Lima minit kemudian, Ika dan Myra sampai. Seperti yang di jangka, Huda orang yang terakhir sampai di restoran itu. Dia lewat 10 minit selepas Myra dan Ika sampai. Kalau diikutkan, lama lagi perjalanan Huda untuk sampai ke situ memandangkan pejabatnya agak jauh. Tetapi, pemanduannya yang agak laju membuatkan dia sampai lebih awal daripada masa yang sepatutnya.

                     “Sorry lambat.” Kata Huda sesudah dia duduk di tempat duduknya. “Tak apa. Aku faham. Kau ni, macam tak biasa pula.” Balas Fatin sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. “Eh Ika, pandai pun kau orderkan makanan untuk aku. Sedap pula tu.” Puji Huda kepada Ika. “Well…” Kata Ika dengan bangganya. “Woi Ika, tak payah kau nak kembang sangatlah. Macam tak biasa pula. Hello, dari sekolah lagi kita dah buat macam ni okay. Lainlah kalau baru kenal sehari dua.” Bidas Fatin. “Ek eleh kau ni Fatin. Dah syok aku kene puji tadi. Potong lah kau ni.” Rajuk Ika. Akhirnya, satu meja ketawa dengan kerenah Ika.

                    Sebelum berpisah, mereka sempat singgah ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama. Sudah lama rasanya mereka tidak solat beramai-ramai sejak mereka melangkah ke alam pekerjaan. Waktu bertemu begini lah mereka mengambil peluang itu untuk bersama-sama. Ada masanya, ada di antara mereka tidak dapat berjumpa sekiranya kesibukan kerja menghalang mereka.



************************************************



                    “Assalamualaikum…” Huda memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. “Wa’alaikumsalam.. Hah, dah sampai pun. Lambat kamu balik hari ni?” Tanya Puan Zuraidah. “Biasa lah mama. Traffic jam. Lepas itu,Huda singgah solat kat masjid dulu.” Jawab Huda. “Emm, papa belum balik dari masjid lagi ye ma?” Sambungnya setelah tidak melihat kelibat papanya. “Belum.. Ada ceramah kot dekat masjid tu. Sudah lah, Huda pergi naik dulu. Mesti Huda penat kan?” Arah Puan Zuraidah. “Hmm, yelah mama.” Huda melangkah letih ke arah biliknya.

                   Huda merebahkan tubuhnya di atas katil setelah dia membersihkan diri dan solat Isya’. “Penatnya…” Hanya itu kata yang terucap. Mana tidaknya, KL itu kan memang sinonim dengan jalan jam kalau waktu pulang dari pejabat. Penat Huda ini makin bertambah apabila dia terpaksa memandu dari Kuala Lumpur ke Kajang. Tapi Huda bukannya kisah sangat bab jarak perjalanan ini. Cuma tenaga tubuh badannya yang terpaksa bekerja dari pagi sampai ke petang yang membuatkan dia berasa sedikit penat.

                “Huda, mari turun makan malam.” Panggil bibik. “Iya.. Kejap..” Jawab Huda dengan nada yang malas. “Huda, mari sini kita makan sama-sama.” Ajak Puan Zuraidah setelah melihat kelibat Huda menuruni tangga.

                “Macam mana office hari ni?” Tanya Encik Kamarudin, bapa Huda. “Okay aje papa. Staff kat sana tu bukannya baru seminggu dua kerja di situ. Dorang dah faham sangat dah.” Jawab Huda sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.

                 Tempat kerja Huda sebenarnya ialah syarikat kepunyaan bapa saudaranya yang dipanggilnya Pak Usu. Sudah tiga hari Pak Usunya pergi ke tanah suci itu untuk mengerjakan ibadah Umrah. Sepanjang ketiadaan Pak Usu di pejabat, Huda di amanahkan Pak Usu untuk membantunya menengok-nengokkan syarikat itu. Sudah lapan bulan Huda bekerja di syarikat bapa saudaranya. Memandangkan semua pekerja sudah mengenali Huda di situ, maka tidak susahlah untuk dia melaksanakan suruhan Pak Usu di syarikat itu.

                  Huda ditawarkan bekerja di syarikat itu oleh Encik Daud, iaitu pak usunya setelah dia tamat belajar dan mendapat segulung ijazah dalam bidang perniagaan. Memandangkan anak-anak kepada bapa saudaranya itu masih lagi bersekolah dan ditambah pula hanya Huda seorang sahaja yang memiliki ijazah dalam bidang perniagaan di kalangan keluarga, maka Pak Usu dengan berbesar hatinya mengambil Huda bekerja dengannya. Memandangkan peluang sudah terhidang di depan mata, maka Huda pun bersetuju dengan tawaran itu. Dia melihat bahawa itulah peluang untuknya belajar dengan lebih mendalam tentang selok belok perniagaan.


               Jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Setelah melihat siaran di televisyen tiada yang menarik perhatiannya, Huda mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya. Dia melakarkan satu design baju kurung moden di sekeping kertas. setelah siap, dia memasukkan kertas itu di dalam satu fail. Di dalam fail itu terdapat beberapa lagi design yang berlainan.

               Itu merupakan salah satu hobi Huda. Sekiranya dia mempunyai masa lapang dan mendapat idea baru, dia akan melakarkan satu design baju di sekeping kertas dan akan disimpannya. Huda mempunyai impian untuk membuka sebuah butik pakaian wanita terutamanya pakaian muslimah. Dia juga mahukan design yang dikumpulnya itu dijahit dan dijual di butik miliknya.



Bersambung……



*********************************************************