Sunday, 25 March 2012

KISAH KITA (2)

            “Mama, papa, Adam pergi kerja dulu ye. Assalamualaikum.” Kata Adam setelah dia menghabiskan sarapan pagi. “Iya lah. Baik-baik bawa kereta tu. Jangan drive laju sangat. Kamu pun keluar awal hari ni. Sempat sampai ke pejabat nanti. Tak perlu nak terburu-buru sangat. Ha, lagi satu, nanti kirim salam dekat Hafiz ye.” Nasihat Pn Aida, mama Adam. “Yelah mama. Adam tau. Dah setiap hari mama cakap benda yang sama. Adam dah hafal dah pun.” Adam sempat bersalaman dengan ibu bapanya sebelum dia berangkat ke tempat kerja.           
             Seperti kebiasaannya, jalan di KL pada waktu pagi sebegini memang sedikit perlahan. Adam singgah dahulu ke rumah kawannya, Hafiz. Hari ini, Hafiz menumpang kereta Adam kerana keretanya berada di bengkel dan sedang dibaiki.
                Adam dan Hafiz memang berkawan rapat sejak kecil lagi. Kalau orang yang tidak mengenali mereka pasti akan menganggap mereka sebagai adik-beradik. Keluarga Adam sendiri sudah menganggap Hafiz seperti keluarga mereka. Malah, keluarga Hafiz juga telah mengganggap Adam seperti keluarga mereka.  
                  “Bro! Thanks ambik aku pagi ni. Kereta aku tak siap lagi lah kat bengkel tu. Nasib baik kau ada. Boleh kau hantar aku.” Kata Hafiz sebaik sahaja dia membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu. “Kau kalau ye pun excited sangat nak berterima kasih, janganlah main terjah je cakap tu. Bagilah salam dulu. Ni main terjah je.” Bebel Adam yang sengaja memerli tingkah laku Hafiz. “Ala… Kau ni..” Balas Hafiz sambil memandang Adam. Dia tahu Adam sengaja mengenakannya. Tapi, ada betulnya juga. Salam tak ada, terus je dia terjah.
                  “Bro, once again, thanks sangat-sangat sebab kau sudi tumpangkan aku. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Kau lah saudara seIslamku yang terbaik. Kau lah..” Belum sempat Hafiz menghabiskan katanya, Adam sudah memintas. “Wo,wo,woo. Kau ni apa hal? Tak payah nak puji aku sangat lah. Macam lah aku tak kenal dengan perangai kau ni.” Kata Adam.
                 “Apa lah kau ni… Aku puji salah, aku terjah salah. Tapi betul what apa yang aku cakap…  Serious! Kalau kau tak ada, sah-sah aku kena ambil bas atau pun teksi. Kalau aku ambil bas, belum tentu aku sampai awal kat kedai tu tau. Kalau aku ambil teksi, melayang lah duit aku. Aku ni bukannya kaya sangat. Better aku drive sendiri. Lagipun, tak kan aku nak ambil MC pula kan? Rugi lah bisnes aku nanti.” Terang Hafiz dengan bersungguh-sungguh. “Hafiz, kau boleh diam tak daripada saying thanks dekat aku. Cakap sekali sudah lah. Silap hari bulan, dah elok-elok aku tumpangkan kau ni, aku turunkan kau kat tepi jalan. Kau nak ke tak nak?” Ugut Adam kepada Hafiz. “Yelah.. Yelah..” Hafiz mengalah. Hafiz tahu, Adam sengaja berkata begitu. Bukannya dia tidak tahu perangai Adam. Adam ni jenis yang tak suka kalau orang asyik mengulangi perkara yang sama terutamanya perkara yang tidak membawa apa-apa makna, macam yang dia buat tadi. Cakap sekali sudah. Tak perlu nak lebih-lebih.
                 “Hah, dah sampai dah.” Kata Adam setelah dia memberhentikan  keretanya di hadapan kedai Hafiz. Hafiz memiliki sebuah kedai yang menjual peralatan sukan dan juga pakaian sukan. “Woi!” Jerkah  Adam. “Huh?! Eh, dah sampai ek. Sorry..sorry..” Balas Hafiz. Dia mengelamun rupanya. “Kau ni, time macam ni pun sempat lagi nak mengelamun.” Kata Adam sambil menggelengkan kepalanya. Tergelak sekejap dia melihat Hafiz yang sedang terkejut. “Eke le.. Lawak sangat ke?!” Hafiz yang menyedari dia ditertawakan berasa tidak puas hati. “Ei.. Dah lah. Aku blah dulu.” Hafiz memulakan langkahnya untuk membuka pintu kereta. “Alraight.. Bye!” Adam mengangkat tangannya tanda selamat  tinggal kepada Hafiz.

 Bersambung…

******************************************************