Friday, 30 March 2012
professor dan pendayung sampan :)
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim Sahabat2 yang saya kasih dan cinta kerana Allah. Saya ingin kongsi, berkaitan dengan sikap manusia, mungkin jika diri kita sendiri mempunyai sifat sombong atau bangga diri..mudah2an kita cuba buang dan topuplah sifat2 baik dari semasa ke semasa. Kalau tidak mampu, mulakan la dahulu dengan topup rm2 sebelum nak beli topup rm50 (^_^). Rupa cantik/hensem, harta yang banyak, kereta mewah, pandai bercakap, terkenal. Itu bonus untuk kita yang perlu untuk disyukuri. Bagi saya setiap orang masing2 ada kelebihan. Cuma pakaian cantik belum tentu terbaik, sebab Hafiz Awan Nano menang, hanya mengenakan pakaian rm50 sahaja..hihi Bukan AJL yang saya nak ceritakan, tapi berkaitan dengan cerita seorang professor dengan pendayung sampan..semoga ada pengajaran. =) Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai. Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.” Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.” ~Jangan Bangga DIRI Dengan Pakaian Cantik Harga Ribua2an..Kerana Pakaian Terakhir Kita Cuma KAIN KAFAN... ~Jangan Bangga DIRI Dengan Kereta Mewah BMW MATA BELALANG KITA, Kerana Kenderaan Kita Yg Terakhir hanya KERANDA papan lapis cuma... ~Jangan Bangga DIRI Dengan Tempat Tidur Baldu Yang Empuk....Kerana Tempat Tidur Terakhir kita Adalah TANAH... ~Jangan Bangga DIRI Dgn Kulit Mulus Gebu Kita..Kerana Semua Tu Akan Menjadi Makanan Cacing... ~Jangan Bangga DIRI Dengan Banglow2 Yang Mewah..Kerana Rumah Terakhir KITA Adalah KUBUR... ~Jangan Terlalu Bangga DIRI Dengan Tittle ‘’DATO’’TAN SRI’’ APA SAJA..Kerana Tittle Kita Yg Terakhir Adalah ALMARHUM/ALMARHUMAH. ~Biar Kita Di Pandang Hina Di Mata Manusia...Tapi Betapa Mulianya ALLAH Memandang Kita Di Sisinya...
Sunday, 25 March 2012
KISAH KITA (2)
“Mama, papa, Adam pergi kerja dulu ye.
Assalamualaikum.” Kata Adam setelah dia menghabiskan sarapan pagi. “Iya lah.
Baik-baik bawa kereta tu. Jangan drive laju sangat. Kamu pun keluar awal hari
ni. Sempat sampai ke pejabat nanti. Tak perlu nak terburu-buru sangat. Ha, lagi
satu, nanti kirim salam dekat Hafiz ye.” Nasihat Pn Aida, mama Adam. “Yelah
mama. Adam tau. Dah setiap hari mama cakap benda yang sama. Adam dah hafal dah
pun.” Adam sempat bersalaman dengan ibu bapanya sebelum dia berangkat ke tempat
kerja.
Seperti kebiasaannya, jalan di KL pada waktu
pagi sebegini memang sedikit perlahan. Adam singgah dahulu ke rumah kawannya, Hafiz.
Hari ini, Hafiz menumpang kereta Adam kerana keretanya berada di bengkel dan
sedang dibaiki.
Adam dan Hafiz memang berkawan rapat sejak
kecil lagi. Kalau orang yang tidak mengenali mereka pasti akan menganggap
mereka sebagai adik-beradik. Keluarga Adam sendiri sudah menganggap Hafiz
seperti keluarga mereka. Malah, keluarga Hafiz juga telah mengganggap Adam
seperti keluarga mereka.
“Bro! Thanks ambik aku pagi ni. Kereta aku
tak siap lagi lah kat bengkel tu. Nasib baik kau ada. Boleh kau hantar aku.” Kata
Hafiz sebaik sahaja dia membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu.
“Kau kalau ye pun excited sangat nak berterima kasih, janganlah main terjah je
cakap tu. Bagilah salam dulu. Ni main terjah je.” Bebel Adam yang sengaja
memerli tingkah laku Hafiz. “Ala… Kau ni..” Balas Hafiz sambil memandang Adam.
Dia tahu Adam sengaja mengenakannya. Tapi, ada betulnya juga. Salam tak ada,
terus je dia terjah.
“Bro, once again, thanks
sangat-sangat sebab kau sudi tumpangkan aku. Kau lah sahabat aku dunia akhirat.
Kau lah saudara seIslamku yang terbaik. Kau lah..” Belum sempat Hafiz
menghabiskan katanya, Adam sudah memintas. “Wo,wo,woo. Kau ni apa hal? Tak
payah nak puji aku sangat lah. Macam lah aku tak kenal dengan perangai kau ni.”
Kata Adam.
“Apa lah kau ni… Aku puji
salah, aku terjah salah. Tapi betul what apa yang aku cakap… Serious! Kalau kau tak ada, sah-sah aku kena
ambil bas atau pun teksi. Kalau aku ambil bas, belum tentu aku sampai awal kat kedai
tu tau. Kalau aku ambil teksi, melayang lah duit aku. Aku ni bukannya kaya
sangat. Better aku drive sendiri. Lagipun, tak kan aku nak ambil MC pula kan? Rugi
lah bisnes aku nanti.” Terang Hafiz dengan bersungguh-sungguh. “Hafiz, kau
boleh diam tak daripada saying thanks dekat aku. Cakap sekali sudah lah. Silap
hari bulan, dah elok-elok aku tumpangkan kau ni, aku turunkan kau kat tepi
jalan. Kau nak ke tak nak?” Ugut Adam kepada Hafiz. “Yelah.. Yelah..” Hafiz
mengalah. Hafiz tahu, Adam sengaja berkata begitu. Bukannya dia tidak tahu
perangai Adam. Adam ni jenis yang tak suka kalau orang asyik mengulangi perkara
yang sama terutamanya perkara yang tidak membawa apa-apa makna, macam yang dia
buat tadi. Cakap sekali sudah. Tak perlu nak lebih-lebih.
“Hah, dah sampai dah.” Kata
Adam setelah dia memberhentikan
keretanya di hadapan kedai Hafiz. Hafiz memiliki sebuah kedai yang
menjual peralatan sukan dan juga pakaian sukan. “Woi!” Jerkah Adam. “Huh?! Eh, dah sampai ek. Sorry..sorry..”
Balas Hafiz. Dia mengelamun rupanya. “Kau ni, time macam ni pun sempat lagi nak
mengelamun.” Kata Adam sambil menggelengkan kepalanya. Tergelak sekejap dia
melihat Hafiz yang sedang terkejut. “Eke le.. Lawak sangat ke?!” Hafiz yang
menyedari dia ditertawakan berasa tidak puas hati. “Ei.. Dah lah. Aku blah
dulu.” Hafiz memulakan langkahnya untuk membuka pintu kereta. “Alraight.. Bye!”
Adam mengangkat tangannya tanda selamat
tinggal kepada Hafiz.
Bersambung…
******************************************************
Saturday, 24 March 2012
Perahu - Hamzah Fansuri
Perahu
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.
Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.
Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.
Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba'id.
Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.
Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.
Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu 'azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.
Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na'am, siang dan malam.
Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.
Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.
Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
"yakin akan Allah" nama pawangnya.
"Taharat dan istinja'" nama lantainya,
"kufur dan masiat" air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.
Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
"Allahu Akbar" nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.
"Wallahu a'lam" nama rantaunya,
"iradat Allah" nama bandarnya,
"kudrat Allah" nama labuhannya,
"surga jannat an naim nama negerinya.
Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam'ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.
Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.
Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
tanpa ada tujuan yg tetap,
Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.
Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?
La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insan,
siang dan malam jangan dilalaikan.
La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma'rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da'im dan ka'im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.
La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.
La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma'rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.
La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.
Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.
Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.
Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba'id.
Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.
Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.
Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu 'azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.
Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na'am, siang dan malam.
Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.
Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.
Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
"yakin akan Allah" nama pawangnya.
"Taharat dan istinja'" nama lantainya,
"kufur dan masiat" air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.
Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
"Allahu Akbar" nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.
"Wallahu a'lam" nama rantaunya,
"iradat Allah" nama bandarnya,
"kudrat Allah" nama labuhannya,
"surga jannat an naim nama negerinya.
Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam'ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.
Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.
Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
tanpa ada tujuan yg tetap,
Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.
Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?
La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insan,
siang dan malam jangan dilalaikan.
La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma'rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da'im dan ka'im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.
La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.
La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma'rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.
La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.
Friday, 23 March 2012
KISAH KITA (1)
Ika
: Wei korang, lunch nanti kat mane? Tempat biasa ke?
Huda
: Entah…Aku ikut majority..Kat mane-mane pon aku on je.. =)
Fatin
: Emm…Apa kata hari ni kite cube makan kat Restoran Mak Siti yang dekat sebelah kedai kek, area office aku…?
Myra
: Good idea! Tpi, kat sane makanannye ok x?
Huda
: Kalau x ok, Fatin lah yg kene bayar semua tu…Hahaha!
Ika
: yessza… Aku setuju! =P
Fatin
: Yelah2… X berhati perut betul korang ni… Ek ele… Ni Fatin okay.. Aku tau lah
kat situ sedap ke x.. Dah namenye pon dekat dengan office aku.. Ape lah korang
ni….
Ika
: Well, yelah Cik Fatin oi… Ok lah.. C u ouls nanti.. Hehe..
Huda
: Orait..! Dah3.. Gi sambung kerja..
Myra
: Tau x pe… 30 minit lagi kot nak lunch.. Over je korang ni… huahuahua! Ok lah,
cau!
“Ada-ada je dorang ni..” Kata
Huda sambil tersenyum memandang handphonenya. Dia baru sahaja selesai ber’BBM’
dengan kawan-kawannya. Melihat jam di tangannya yang menunjukkan dia masih
mempunyai 25 minit untuk lunch break, dia lantas meneruskan kerjanya dengan
tekun.
“Huda, tak keluar makan ke?”
Tanya Kak Sue. “Eh, er… Kejap lagi kot. Kak Sue pergi lah dulu.” Jawab Huda
kepada salah seorang staff senior di pejabatnya. Kemudian dia melihat
sekelilingnya. Hampir semua staff sudah bersiap untuk keluar rehat. Riak Huda seperti
orang kebingungan. “Hmm… Yelah.. Akak keluar dulu ye.” Kata Kak Sue dan
kemudiannya melangkah pergi. ‘Aik… Macam mana aku boleh tak perasan yang
sekarang ni dah masuk lunch hour. Nasib baik lah Kak Sue duduk kat sebelah meja
aku. Kalau tak tadi, dah sah-sah aku buat tak tau je bila tengok dorang bersiap
nak keluar rehat.’ Huda bermonolog di dalam hatinya. Dia langsung tidak perasan
yang sekarang ini sudah masuk waktu rehat bagi semua pekerja pejabat. Bukannya
dia buat tak tau sangat pun. Dia sendiri
yang langsung tidak perasan. Tekun sangat dengan kerjanya sampai tidak pandang
orang sekeliling.
Dia segera mengemas
barang-barang yang sedikit bersepah di atas mejanya. Kemudian dia bergegas
keluar dari pejabatnya dan turun ke aras bawah dengan menaiki lif. Sampai di
bawah, dia segera ke tempat letak kereta dan memulakan perjalanan ke tempat
yang telah dijanjikan dengan kawan-kawannya.
Sambil memandu, dia sempat
mendail nombor telefon Ika. “Hello. Ika, kau dah sampai ke?” Tanya Huda sebaik
sahaja Ika menjawab panggilan telefonnya. “Belum lagi. Aku still on the way.
Tapi dah nak sampai dah. Dalam 5 minit lagi aku sampailah. Kau dah sampai ke?”
Giliran Ika pula menanyakan soalan kepada Huda. “Oh… Aku belum sampai lagi.
Lagi 15 minit kot baru aku sampai. Tadi aku keluar lambat sikit. Hah, kalau
korang semua dah sampai nanti, korang order lah dulu. Macam biasa, kau order
kan aku punya sekali. Kau jangan cakap kat aku yang kau tak tau nak order
makanan apa untuk aku. Okay?” Panjang lebar arahan Huda. “Ye lah boss. Saya tau
apa tugas saya.” Gurau Ika. “Hmm… Bagus… Bagus.. Boleh naik gaji ni.
Hahahahaha!” Sempat lagi Huda berbalas gurauan sebelum mematikan talian.
Di Restoran Mak Siti, Fatin sudahpun sampai terlebih dahulu.
Al-maklumlah, office dia dekat je dengan Restoran tu. Kalau naik kereta, tidak
sampai lima minit dia sudah sampai di situ. Lima minit kemudian, Ika dan Myra
sampai. Seperti yang di jangka, Huda orang yang terakhir sampai di restoran
itu. Dia lewat 10 minit selepas Myra dan Ika sampai. Kalau diikutkan, lama lagi
perjalanan Huda untuk sampai ke situ memandangkan pejabatnya agak jauh. Tetapi,
pemanduannya yang agak laju membuatkan dia sampai lebih awal daripada masa yang
sepatutnya.
“Sorry lambat.” Kata Huda
sesudah dia duduk di tempat duduknya. “Tak apa. Aku faham. Kau ni, macam tak
biasa pula.” Balas Fatin sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. “Eh Ika,
pandai pun kau orderkan makanan untuk aku. Sedap pula tu.” Puji Huda kepada
Ika. “Well…” Kata Ika dengan bangganya. “Woi Ika, tak payah kau nak kembang
sangatlah. Macam tak biasa pula. Hello, dari sekolah lagi kita dah buat macam
ni okay. Lainlah kalau baru kenal sehari dua.” Bidas Fatin. “Ek eleh kau ni
Fatin. Dah syok aku kene puji tadi. Potong lah kau ni.” Rajuk Ika. Akhirnya,
satu meja ketawa dengan kerenah Ika.
Sebelum berpisah, mereka
sempat singgah ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama. Sudah lama
rasanya mereka tidak solat beramai-ramai sejak mereka melangkah ke alam
pekerjaan. Waktu bertemu begini lah mereka mengambil peluang itu untuk
bersama-sama. Ada masanya, ada di antara mereka tidak dapat berjumpa sekiranya
kesibukan kerja menghalang mereka.
************************************************
“Assalamualaikum…” Huda
memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Wa’alaikumsalam.. Hah, dah sampai pun. Lambat kamu balik hari ni?” Tanya Puan
Zuraidah. “Biasa lah mama. Traffic jam. Lepas itu,Huda singgah solat kat masjid
dulu.” Jawab Huda. “Emm, papa belum balik dari masjid lagi ye ma?” Sambungnya
setelah tidak melihat kelibat papanya. “Belum.. Ada ceramah kot dekat masjid
tu. Sudah lah, Huda pergi naik dulu. Mesti Huda penat kan?” Arah Puan Zuraidah.
“Hmm, yelah mama.” Huda melangkah letih ke arah biliknya.
Huda merebahkan tubuhnya di atas
katil setelah dia membersihkan diri dan solat Isya’. “Penatnya…” Hanya itu kata
yang terucap. Mana tidaknya, KL itu kan memang sinonim dengan jalan jam kalau
waktu pulang dari pejabat. Penat Huda ini makin bertambah apabila dia terpaksa
memandu dari Kuala Lumpur ke Kajang. Tapi Huda bukannya kisah sangat bab jarak
perjalanan ini. Cuma tenaga tubuh badannya yang terpaksa bekerja dari pagi
sampai ke petang yang membuatkan dia berasa sedikit penat.
“Huda, mari turun makan malam.”
Panggil bibik. “Iya.. Kejap..” Jawab Huda dengan nada yang malas. “Huda, mari
sini kita makan sama-sama.” Ajak Puan Zuraidah setelah melihat kelibat Huda
menuruni tangga.
“Macam mana office hari ni?” Tanya
Encik Kamarudin, bapa Huda. “Okay aje papa. Staff kat sana tu bukannya baru
seminggu dua kerja di situ. Dorang dah faham sangat dah.” Jawab Huda sebelum
menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Tempat kerja Huda sebenarnya
ialah syarikat kepunyaan bapa saudaranya yang dipanggilnya Pak Usu. Sudah tiga
hari Pak Usunya pergi ke tanah suci itu untuk mengerjakan ibadah Umrah. Sepanjang
ketiadaan Pak Usu di pejabat, Huda di amanahkan Pak Usu untuk membantunya
menengok-nengokkan syarikat itu. Sudah lapan bulan Huda bekerja di syarikat
bapa saudaranya. Memandangkan semua pekerja sudah mengenali Huda di situ, maka
tidak susahlah untuk dia melaksanakan suruhan Pak Usu di syarikat itu.
Huda ditawarkan bekerja di
syarikat itu oleh Encik Daud, iaitu pak usunya setelah dia tamat belajar dan
mendapat segulung ijazah dalam bidang perniagaan. Memandangkan anak-anak kepada
bapa saudaranya itu masih lagi bersekolah dan ditambah pula hanya Huda seorang
sahaja yang memiliki ijazah dalam bidang perniagaan di kalangan keluarga, maka
Pak Usu dengan berbesar hatinya mengambil Huda bekerja dengannya. Memandangkan
peluang sudah terhidang di depan mata, maka Huda pun bersetuju dengan tawaran
itu. Dia melihat bahawa itulah peluang untuknya belajar dengan lebih mendalam
tentang selok belok perniagaan.
Jam sudah menunjukan pukul 10
malam. Setelah melihat siaran di televisyen tiada yang menarik perhatiannya,
Huda mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya. Dia melakarkan satu
design baju kurung moden di sekeping kertas. setelah siap, dia memasukkan
kertas itu di dalam satu fail. Di dalam fail itu terdapat beberapa lagi design
yang berlainan.
Itu merupakan salah satu hobi
Huda. Sekiranya dia mempunyai masa lapang dan mendapat idea baru, dia akan
melakarkan satu design baju di sekeping kertas dan akan disimpannya. Huda
mempunyai impian untuk membuka sebuah butik pakaian wanita terutamanya pakaian
muslimah. Dia juga mahukan design yang dikumpulnya itu dijahit dan dijual di
butik miliknya.
Bersambung……
*********************************************************
Sunday, 18 March 2012
Esok Sekolah (kisah dan teladan seorang pejuang wanita islam)
Hahahaha..esok sudah bermula lah sekolah yang "dinanti.nanti"...hari pertama mungkin dimulakan dengan perhimpunan insya-Allah kalau tiada apa yang menghalang..seperti biasa sekolah bermula..x sabar nak jumpa qidahi..oh ya saya tahu yang blog kami telah tidak lama diisi dengan maklumat-maklumat..tetapi dengan berkat Allah s.w.t aina dan adlin akan membuat cerita pendek yang akan dipost kan di fb ini..
oh ya saya nak kongsikan cerita ini kepada semua orang(maaf lah islamic sikit )
Ummu Habibah
Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah Binti Abu Sufyan. Inilah serikandi islam yang patut dijadikan teladan bagi muslimah zaman sekarang. Bagaimana tidak? orang-orang terdekat dan dicintainya merupakan musuh baginya. Mereka berusaha memurtadkan dan memalingkannya dari jalan kebenaran. Dialah salah seorang ummul mukminin yang banyak diuji keimanannya.
Ramlah Binti Abu Sufyan merupakan puteri kepada seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. Namun, Ramlah binti Abu Sufyan tetap beriman sekalipun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tidak mampu memaksa anaknya ketika itu kerana anaknya menunjukkan pendirian yang kuat dan semangat yang tekad. Ramlah Binti Abu Sufyan rela menanggung beban yang melelahkan dan berat kerana memperjuangkan akidahnya.
Pada mulanya, beliau menikah dengan Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah berhijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau digelar dengan Kun` yah Ummu Habibah.
Ummu habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dirinya yang dalam keterasingan dan hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman. Bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya.
Beliau bercerita,
"Aku melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun, kemudian aku memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya, namun ia tidak mengubah pendiriannya."
Suaminya mencuba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau berusaha mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun ditolak mentah-mentah dan malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan hingga ia meninggal. Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Tetapi dengan keimanan yang dikaruniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya.
Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya;
"Wahai ummu mukminin...!"
Beliaupun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahwa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya. Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariyah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah SAW telah meminangnya.
Alangkah bahagianya beliau mendengar khabar gembira tersebut. Sehingga beliau berkata;
"Semoga Allah memberikan khabar gembira untukmu"
Kerana terlalu gembira dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawakan perkhabaran tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid bin Sa'id bin Al-‘Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran Raja Najasy.
Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Ketika itu Ummu Habibah berumur 40 tahun. Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidahnya daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seorang pun selain keduanya.
Friday, 9 March 2012
Friends!
If u nid to choose between the one that u love and the one that love u,
choose wisely.
most of us will choose the one that they love,
but dont u think?
Will the one that u love,
love u as much as u do?
People say that they just nid the people they love to be beside them,
but at one moment u will find something is missing from u.
What Is it?
LOVE...!!! u nid people to love u..
So the conclusion is stop wasting ur time with the one that does not love u..
My advise is choose people that love u...
Learn to love them as much as they do..
People that love u usually will appreciate u more than the one that u love.
Be like me.. I choose wisely.
Many people talk about my best friend that I have now.
Many people told me that my bff now is selfish.. when i am in trouble, they would left me....
I dont really care. What more important is that they care about me..
At this moment my friends had proved that the others are wrong..
I am in a very complicated situation rite know and they try all in their power to help me...
Thanks friend... U guys really made me feel appreciated... I am sorry if I am troubling u with all this..
But no one can deny that u are the friend that cant easily be find.. Each one of u are unique and special..
That what complete us..
Monday, 5 March 2012
Friday, 2 March 2012
SAINS DAN ISLAM
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat. ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana tertarik ketika membuat kajian saraf. manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.
Subhanallah...Allahu Akbar...
tidak sedar lagikah anda semua tentang kekuasaan Allah??sungguh,setiap yang diperintahkannya ada kebaikan yang tersirat...
renung-renungkan dan selamat beramal...
Subhanallah...Allahu Akbar...
tidak sedar lagikah anda semua tentang kekuasaan Allah??sungguh,setiap yang diperintahkannya ada kebaikan yang tersirat...
renung-renungkan dan selamat beramal...
DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU
YA ALLAH,
BUKAKANLAH UNTUKKU,
PINTU-PINTU KEBAIKAN,
PINTU-PINTU KESELAMATAN,
PINTU-PINTU KESIHATAN,
PINTU-PINTU NIKMAT,
PINTU-PINTU KEBERKATAN,
PINTU-PINTU KEKUATAN,
PINTU-PINTU CINTA SEJATI,
PINTU-PINTU KASIH SAYANG,
PINTU-PINTU REZEKI,
PINTU-PINTU ILMU,
PINTU-PINTU KEAMPUNAN,
DAN
PINTU-PINTU SYURGA.
YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
amalkanlah doa ini...mudah-mudahan Dia akan membukakan kesemua pintu-pintu ini... Amin...Insya'Allah..
Subscribe to:
Comments (Atom)