Sunday, 21 October 2012

Aku keliru!

Aku keliru menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju
Rasa resah ku kian celaru
Dengan ilham ku tempuh

Ya,memang aku keliru. Memang aku buntu. Keliru dan buntu untuk memilih arah yang harus aku tuju. Resah? Memang aku resah,gelisah dan celaru. Resah memikirkan jalan yang akan ku pilih. Gelisah menanti halangan yang bakal ku tempuh. Dan aku celaru bila memandang kiri,kanan,depan dan belakang. Otak kata ya, tapi hati kata jangan. Kaki suruh berjalan, tapi langkah tak mahu ikut. Mulut kata pergi, tapi lidah kelu nak menyebut. Mata sudah membayangkan perkara yang di idamkan, tapi anak mata masih menafikannya dan mengatakan yang keadaan sekarang lebih bagus kerana takut dengan perkara yang belum pasti. Ilham? Semua mempunyai ilham. Ilham yang meyakinkan, akan membawa kita ke ke jalan yang indah. Tapi keyakinan itu tidak kekal lama. Resah,gelisah dan celaru yang cemburu dengan keyakinan kita, memadamkan ilham dan semangat yang berkobar-kobar. Hanya satu yang sedang bermain di fikiranku, AKU KELIRU!



*pinjam lirik lagu bunkface (revolusi)