sekarang ni,QIDAHI asyik memikirkan tentang masa depan je...
-PMR-macam mana lah agaknya result kami ek??harap2 lah lulus dengan cemerlang..klau benar kami lulus dengan keputusan cemerlang,Alhamdulillah...itu yang kami impikan...tapi,keadaan yang akan kami hadapi selepas itu,QIDAHI akan terpisah untuk seketika demi menyambung pelajaran di sekolah lain.
-SPM-the most important thing for every student. selepas SPM pun,kami tetap akan terpisah..tapi,sekiranya takdir menentukan yg kami akan tetap bersama semasa di U,Alhamdulillah.
-hidup kami untuk 5-8 tahun yang seterusnya-adakah kami berjaya mencapai cita2 kami dalam kerjaya.
-soal kewangan kami di masa hadapan.
-soal hubungan kami di masa hadapan.
CITA-CITA QIDAHI
selain daripada cita-cita utama kami,kami juga memasang impian kedua untuk menjadi partner untuk membuat perniagaan sendiri. jujurnya,kami ingin mengukuhkan kewangan kami. bukan lah kami ini mata duitan. tetapi sekarang,kami mula sedar betapa pentingnya duit untuk kehidupan seharian selain daripada iman dan tanggungjawab kami sebagai manusia dan Hamba Allah.
-Izzaty dan Aqila bercita2 untuk membuka wisma perakaunan mereka sendiri.
-Hin dan Aina memasang impian untuk membuka resort.
-Adlin dan Ain mempunyai impian mereka tersendiri. sama ada bekerjasama dengan kami,atau membuat bisness sendiri.
-sekiranya tidak dapat melaksanakan impian membuka resort,kami akan membuka restoran atau butik sendiri atau apa2 sahaja yang halal. ye lah,nak buka resort,benda besar tu...ntah tercapai ntah tidak..
jadi,korang tunggu je lah ye...mana tau satu hari nanti korang ade dgr 'WISMA QIDAHI' ke...'QIDAHI RESORT' ke...'RESTORAN QIDAHI' ke...'BUTIK QIDAHI' ke...
kalaulah impian tu jadi kenyataan,,,bahagianya aku...Insya'Allah...