Sunday, 31 July 2011

dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

 

Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.

Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh.
Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.